Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri
kita dan boleh diumpamakan seperti satu pelaburan. Pernahkah anda terfikir
bagaimana untuk mencapainya? Tepuk dada tanya selera... Baiklah, di sini ada
beberapa tips kemahiran belajar.
Langkah
-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
- Bertenang dan
melapangkan fikiran.
- Melakukan ulang
kaji bagi topik-topik yang penting.
- Tidur yang
mencukupi..
- Menjaga kesihatan
diri.
- Menjaga pemakanan
dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
- Bagi pelajar
Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
- Membuat dan membaca
nota-nota ringkas.
- Mengadakan senaman
kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
- Beriadah dan
berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan
meransang kecerdasan otak.
- Meminta doa dan
restu ibu bapa dan guru-guru.
- Belajar pada waktu
yang telah dijadualkan atau difikirkan sesuai.
- Mengkaji
bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
- Menjawab soalan
yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
- Datang lebih awal
ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
- Menyediakan segala
kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
- Bersarapan sebelum
masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga
fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
- Elakkan mengadakan
perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan
selepas peperiksaan.
- Mematuhi arahan
peperiksaan yang telah ditetapkan.
- Membaca dengan
teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
- Menjawap soalan
berpandukan soalan yang telah dipilih.
- Pastikan pelajar
menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
Panduan Belajar
Kaedah Belajar Berkesan
- Semasa di kelas,
berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
- Sentiasa
bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
- Membaca setiap
nota yang diberikan oleh guru.
- Membuat
latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan
tambahan dari buku-buku latihan.
- Memahami apa yang
dibaca.
- Membuat nota
ringkas untuk semua mata pelajaran.
- Menggunakan
kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
- Belajar
menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
- Mengadakan
kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
- Mendapatkan
pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar
dan internet.
- Mempelajari
teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
- Meneliti dan
menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
- Berfikir secara
kreatif dan berani memberi idea.
- Mendapatkan
nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan
pembelajaran.
0 comments:
Post a Comment